Tempatan

Beberapa Laluan Di Dua Lebuhraya Ditutup Sehingga Ahad

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 05 November 2022 – Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan mengenai penutupan sementara beberapa laluan di sepanjang jajaran Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) dan Lebuhraya Sistem Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT) bermula jam 09:00 pagi, 05 November 2022 hingga 05 pagi, 06 November 2022.

Antara laluan yang terlibat adalah;

i. Ramp 13D: Dari Lebuhraya Damansara-Puchong LDP ke Lebuhraya DASH

ii. Ramp 13E: Dari Penchala Link ke Lebuhraya DASH (laluan larian)

iii. Ramp 13F: LDP ke Lebuhraya DASH

iv. Ramp 13G: Dari Jalan PJU 7/9 ke Lebuhraya DASH

v. Ramp 9F: Persiaran Surian (Laluan masuk ke tempat letak kenderaan)

vi. Ramp 9G: Persiaran Surian

vii. Ramp 10A: Persiaran Kenanga (Laluan masuk ke tempat letak kenderaan)

ix. Ramp 11A: Persiaran Mahogani (Laluan VIP)

x. Rampa 12A: Jalan PJU 8/1 Damansara Perdana

Susulan itu, pengguna disarankan agar menggunakan laluan alternatif yang akan dilencongkan ke Persimpangan Persiaran Surian (susur keluar) iaitu selepas Plaza Tol (RRIM) Kwasa Damansara sebelum dibuka pada 05:01 pagi.

Manakala, penutupan beberapa laluan di Lebuhraya SPRINT pula adalah seperti berikut;

i. Damansara Perdana (Ramp Pencahala Link)

ii. Mutiara Damansara (Penchala Link)

iii. LDP utara KM 4.4 (IKEA)

iv. LDP selatan KM 3.5 (Empire Damansara)

v. Persimpangan TTDI ke Hubungan Penchala arah barat

vi. Persimpangan TTDI Kg. Sg. Penchala ke Hubungan

vii. Penchala (arah Mont Kiara)

viii. Susur Hartamas ke Hubungan Penchala arah Barat (arah LDP)

ix. Kerinchi Link arah Utara ke Hubungan Penchala Barat (arah LDP)

x. Jalan Duta ke Hubungan Penchala arah Barat (arah LDP)

Penutupan sementara tersebut adalah bersempena dengan penganjuran ‘Anak Sarawak (AS) LLM DASH Penchala Link Tunnel Night Run yang dianjurkan Persatuan Sukarelawan Sarawak dengan Kerjasama LLM, DASH dan SPRINT.

Oleh itu, pengguna disarankan untuk merancang perjalanan terlebih dahulu dan sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi talian seperti di bawah:

Hotline Lebuhraya DASH:1 300 88 5522 dan emel di [email protected].

Hotline Lebuhraya SPRINT :03-7494 7333

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: