Bazir 17 Ribu Tan Makanan, Rakyat Merungut Tak Cukup Bekalan
KUALA LUMPUR, 14 Mac 2023 – “Hampir 17,000 tan metrik makanan dibazir setiap hari, namun mereka turut merungut bekalan makanan tidak mencukupi serta harga makanan naik,” ujar Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.
Lapor portal tempatan, beliau memaklumkan bahawa perkara ini menjadi punca berlakunya kenaikan harga barangan di pasaran sehingga rakyat sendiri merungut dengan keadaan tersebut.
Jelasnya, jika rakyat Malaysia mampu mendidik diri dan keluarga untuk tidak membazir, ia mampu menjimatkan perbelanjaan mereka. Tanpa pembaziran bermakna berkuranglah perbelanjaan yang diperlukan untuk membeli makanan.
BACA JUGA: Pasangan Warga Emas Lesap RM9,800 Ditipu ‘Scammer’ Guna AI
BACA JUGA: Polis Buka Siasatan ‘Perhimpunan LGBT’ Kuala Lumpur
BACA JUGA: Cuaca Panas Luar Biasa Landa Semenanjung Malaysia Hingga Ahad
Selain itu, aktivis yang dikenali dengan gelaran Toqqi itu juga mengatakan bahawa pembaziran bermakna pengguna membenarkan peniaga menipu mereka dengan menaikkan harga barangan terutama di musim perayaan.
Dalam pada itu, Nadzim berkata, sepanjang bulan puasa, banyak hotel dan kedai makan menawarkan makanan secara bufet dan ini menambahkan pembaziran kerana baki makanan biasanya akan dibuang begitu sahaja.
Justeru itu, beliau menasihatkan pengguna untuk mengurangkan makan di luar terutamanya bufet, sebaliknya menggalakkan penanaman sayur-sayuran dan amalan memasak di rumah.
“Pengguna harus sedar kita yang menggalakkan peniaga serta kartel menaikkan harga barangan serta makanan, sekiranya permintaan meningkat, sudah pasti harga akan turut meningkat,” pesannya.