Tempatan

Bazar Ramadan Dibenarkan Tahun Ini – PM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 16 Februari 2022 – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan kegiatan ekonomi termasuklah bazar Ramadan dibenarkan pada tahun ini, namun prosedur operasi standard (SOP) bazar akan dinilai kembali dan dimaklumkan kemudian.

BACA: Syarikat Bumiputera Mengaku Salah Tuduhan Bekal Minyak Masak Berlebihan
BACA: Naikkan Harga Atau Tiga Juta Telur Tiada Ramadhan Ini – Lee Yoon Yeau
BACA: Harga Barang Dijangka Naik Selepas Tahun Baru Cina – DPMM

“Kita tidak akan tutup perniagaan, saya dah sebut raya ke, bulan puasa ke, pasar Ramadan ke, pasar malam ke, masih akan dibuka seperti biasa,” beliau berkata sedemikian selepas menghadiri majlis Makan Tengah Hari Lou Sang Tahun Baharu Cina Keluarga Malaysia pada 13 Februari 2022.

Sebelum ini, peniaga bazar meluahkan kebimbangan mereka berkenaan peningkatan kes COVID-19 yang mendadak di negara kita. Penularan varian Omicron juga menjadi faktor kekhuatiran mereka yang menyebabkan mereka tidak boleh berniaga.

Minggu lalu, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim mengumumkan bahawa penganjuran bazar di Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan akan dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) sedia ada. Tambahnya, kementerian akan memberi lesen bazar Ramadan secara luas kepada individu yang berminat menjalankan perniagaan pada Ramadan tahun ini.

Dr Alias Razak, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Terengganu berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) sedang melakukan persiapan dan juga sedang mengenal pasti jumlah tapak jualan yang akan dibuka pada Ramadan ini di kawasan pentadbiran masing-masing.

Tambahnya, PBT sedang memperhalusi keputusan mengenai pemulangan bayaran pendahuluan jika bazar Ramadan tidak dapat beroperasi.

Penularan wabak COVID-19 di penghujung tahun 2019 telah mengekang para peniaga bazar Ramadan pada tahun 2020 dari menjalankan operasi perniagaan mereka, manakala pada tahun lalu, kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) tidak diberi kebenaran menjalankan operasi bazar Ramadan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: