Bantuan Persenjataan AS Kepada Taiwan Usaha ‘Mulakan Perang’-Korea Utara
PYONGYANG, 07 OGOS 2023 – Korea Utara telah mengkritik pakej bantuan senjata Amerika Syarikat (AS) kepada Taiwan. Bantuan senjata AS kepada Taiwan boleh mendorong kepada ketegangan malah mencetuskan perang, lapor media kerajaan.
Pyongyang menuduh AS memacu ketegangan di rantau itu dengan cubaan menjadikan Taiwan sebagai pangkalan maju yang tidak dapat dikalahkan dalam usaha menentang China.
BACA JUGA: PN Utamakan Rakyat, Akan Batalkan Projek Tambak Laut Jika Berjaya Tadbir Pulau Pinang
BACA JUGA: DAP Halang Rang Undang-Undang Penukaran Agama Unilateral, Dedah PAS
BACA JUGA: Sungai Pahang Cetek Sejak 3 Minggu Lalu, Lebih Teruk Dari 1996
AS melancarkan pakej bantuan untuk Taiwan bernilai sehingga $345 juta pada hari Jumaat ketika Kongres membenarkan bantuan persenjataan bernilai sehingga $1 bilion untuk Taiwan sebagai sebahagian daripada bajet 2023.
Korea Utara telah mengkritik pakej bantuan senjata AS ke Taiwan, dan menuduh Washington mendorong ketegangan di rantau itu kepada satu lagi titik api terjadinya peperangan.
Maeng Yong-rim, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal China Kementerian Luar Korea Utara, berkata pada hari Jumaat, rancangan itu adalah satu provokasi politik dan ketenteraan yang berbahaya dan pelanggaran nyata terhadap prinsip Satu China.
Kenyataan itu, memberi amaran bahawa AS perlu membayar harga yang tinggi kerana memprovokasi kepentingan teras China.