Tempatan

Bantuan BUDI MADANI Diagihkan Isnin Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 06 Jun 2024 – “Lebih daripada 30,000 pemohon individu, petani dan pekebun kecil komoditi telah diluluskan untuk menerima bantuan subsidi tunai di bawah inisiatif BUDI MADANI.”

Memetik kenyataan Kementerian Kewangan (MOF), bantuan tunai akan disalurkan sebanyak RM200 pada 10 Jun 2024 melalui akaun bank penerima.

“Manakala penerima tanpa akaun bank boleh menuntut BUDI MADANI secara tunai dengan membawa MyKad di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Semenanjung Malaysia.”

Dalam pada itu, pendaftaran BUDI MADANI masih dibuka bagi pemohon yang berkelayakan. Permohonan yang dibuat dalam bulan Jun 2024 layak menerima bayaran untuk bulan tersebut dan bulan seterusnya.

Sementara permohonan selepas Jun 2024 hanya layak menerima bantuan pada bulan Julai 2024 dan tidak mendapat bantuan untuk Jun 2024.

BUDI MADANI ialah usaha Kerajaan untuk memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak; terbahagi kepada bantuan individu (BUDI Individu), petani serta pekebun kecil (BUDI Agri-Komoditi) dan syarikat dan kenderaan pengangkutan (MySubsidi Diesel).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: