Tempatan

Banjir Besar Landa Langkawi, Penduduk Diminta Siap Sedia Pindah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LANGKAWI, 17 Oktober 2022 –  Seramai 43 mangsa banjir daripada 11 keluarga dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Syifa di Padang Matsirat semalam selepas kediaman mereka dilanda banjir akibat hujan lebat seharian, lapor sebuah portal tempatan.

Selain itu, terdapat sebuah rumah di Kampung Buluh Penyumpit, Kuah telah terjejas akibat tanah runtuh, maklum Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari.

Ujarnya, antara kawasan yang terbabit banjir adalah dari Kampung Limbung Putra, Kampung Buluh Penyumpit dan Kampung Atas.

Menurut portal tempatan, lebih 31 kawasan di Langkawi terjejas akibat banjir kilat yang berlaku selepas hujan lebat berterusan sejak awal pagi Ahad.

Selain banjir kilat, Angkatan Pertahanan Awam (APM) juga turut menerima laporan kejadian pokok tumbang menghempap bumbung rumah dan jalan di Mukim Ulu Melaka, Mukim Ayer Hangat, Mukim Kuah dan Mukim Bohor.

Berikutan fenomena banjir kilat dan hujan lebat luar biasa yang berlaku, penduduk yang tinggal di berhampiran sungai terutama di Langkawi dan Yan diingatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga berikutan paras tiga sungai di daerah itu merekodkan bacaan melepasi tahap bahaya.

Semalam, tiga sungai terbabit merekodkan paras bahaya di mana dua sungai di Langkawi iaitu Sungai Melaka, Bukit Kemboja setinggi 8.97 meter, Sungai Melaka, Padang Mat Sirat setinggi 3.56 meter manakala Sungai Gurun di Kampung Perupok di Yan setinggi 3.96 meter.

Sehingga kini semua anggota APM di negeri ini terus melakukan pemantauan di kawasan yang berisiko dan sekiranya air sungai melimpah penduduk akan segera dipindahkan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: