NGO

Bangsa Melayu Jangan Lemah Dan Jangan Berundur Ke Belakang! – YM Tuan Guru Haji Mat Jazid

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 04 Ogos 2022 – “Bangsa Melayu jangan lemah sama sekali dan jangan berundur ke belakang! Maju! Insya Allah diredhai oleh Allah S.W.T.,” tegas YM Tuan Guru Haji Mat Jazid bin Saad sewaktu diwawancara oleh wartawan samudera.my di Hari Temasya Peradaban Bangsa Melayu minggu lalu.

Berbicara lanjut, beliau menyatakan keterujaannya dapat bersama-sama berkumpul pada hari itu dengan tujuan untuk membangunkan martabat bangsa Melayu.

“Alhamdulillah, kita ditemukan di sini demi untuk membangunkan martabat bangsa Melayu kerana pada zaman dulu, apabila disebut bangsa Melayu: Islam. Sebut Islam: Melayu. Dulu.”

Tambahnya, memartabatkan bangsa Melayu ini sebenarnya bermula sejak zaman dahulu lagi, tetapi kali ini barulah dimulakan kembali sirah sejarahnya untuk kembali kepada perjuangan bangsa Melayu yang nilainya cukup besar bagi negara kita, negara Islam.

Menurut Pengerusi Briged PEMBELA, Noor Hakimi bin Ab. Halim pula, kedatangan beliau ke Hari Temasya Peradaban Bangsa Melayu adalah bagi menunjukkan tanda kecintaan kepada bangsa Melayu.

“Kita datang je sini untuk menunjukkan tanda kecintaan kita, untuk menzahirkan bangsa Melayu ini ada kekuatannya, bersatu padu dalam perjuangan,” kata beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pertubuhan GFI dan Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: