Tempatan

Bahasa Kebangsaan Itu Bahasa Rakyat Malaysia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 23 Februari 2023 – Influencer Lim Mei Chin atau lebih mesra disapa Maya, berpendapat bahawa fasih berbahasa kebangsaan itu penting kerana Bahasa Melayu adalah bahasa rakyat Malaysia.

Ini kerana menurut influencer aplikasi TikTok itu atau lebih dikenali dengan nama akaunnya @Mayaloyfrozenseafood berkata, pentingnya Bahasa Melayu adalah kerana ianya bahasa yang boleh difahami oleh seluruh rakyat Malaysia selain merupakan bahasa kebangsaan negara.

BACA JUGA: Konsep Bahasa Ibunda Di Kalangan Rakyat Malaysia Masih Rencam

So, untuk orang faham, semua orang akan bercakap Bahasa Melayu biarpun Cina ke, Melayu ke, India, diaorang faham dengan Bahasa Melayu sebab ada Melayu tidak faham Cina.”

BACA JUGA: Gaji Rendah Bukan Punca Doktor Kerajaan Pilih Migrasi

Ujarnya lagi oleh itu, ia juga menjadi faktor mengapa ramai kini influencers, bagai cendawan tumbuh selepas hujan mengambil Bahasa Kebangsaan ketika membuat content di media sosial.

BACA JUGA: Menteri Pengangkutan Ke Parlimen Menaiki Bas Percuma Yang Dilancarnya Semalam

Maya berkata, ini kerana content tersebut akan menjadi tontonan ramai kerana mudah difahami.

“Jadi Bahasa Melayu itu boleh faham untuk semua kaum-kaum Malaysia.”

Maya ketika ditemu bual oleh wartawan samudera.my bersempena ‘Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa’ yang disambut setiap tahun pada 21 Februari, berkongsi bahawa beliau mula belajar dan boleh fasih bertutur dalam Bahasa Melayu ketika di sekolah menengah lagi selepas dikelilingi oleh rakan-rakan yang terdiri dari kaum India dan juga Melayu.

So saya rapat dengan kawan-kawan Melayu. So dari situ saya, walaupun tidak fasih sangat bercakap Bahasa Melayu tapi saya cuba untuk belajar dan terus belajar. Akhirnya boleh bercakap Bahasa Melayu.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: