Awal Muharram: UAE Umum Cuti Berbayar Kepada Semua, Termasuk Sektor Swasta
EMIRIAH ARAB BERSATU, 14 Julai 2023 – Kesemua pekerja di industri swasta di Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan menerima cuti umum bergaji pada 21 Julai ini bersempena dengan sambutan Maal Hijrah atau awal Muharram.
Kenyataan tersebut telah dibuat pada Rabu lalu menerusi sebuah pengumuman oleh pihak kementerian tenaga kerja UAE yang dikenali sebagai Ministry of Human Resources and Emiratisation (MoHRE).
BACA JUGA: Selsema Burung: Cadangan Vaksinasi Ternakan Untuk Kurangkan Manusia Dijangkiti
BACA JUGA: Polis Siasat Kegiatan Jual Darjah Kebesaran Pahang Secara ‘Online’
BACA JUGA: Infografik RM391 Belanja Suri Rumah Sebulan, J-Kom Diperlekeh Netizen
Pengumuman tersebut dibuat setelah negara tersebut mengumumkan bahawa pekerja awam dan kementerian juga turut akan mendapat cuti berbayar yang sama.
Menurut kenyataan tersebut, “Kementerian Sumber Manusia dan Emiritisasi telah mengumumkan bahawa hari Jumaat, 21 Julai 2023 akan menjadi hari cuti yang berbayar bagi kesemua pekerja sektor swasta di UAE bersempena dengan Tahun Baru Islam (1445H)”.
Agensi berita kerajaan, WAM telah melaporkan bahawa keputusan tersebut adalah berdasarkan resolusi Kabinet berkenaan agenda hari cuti rasmi yang telah diluluskan oleh sektor kerajaan dan swasta di negara tersebut bagi tahun 2023.
Kebanyakan para pekerja di UAE akan bercuti selama 3 hari berikutan tarikh 21 Julai itu jatuh pada hari Jumaat dan pada dua hari seterusnya, Sabtu dan Ahad adalah hari hujung minggu.
Tahun baru Islam ataupun juga dikenali sebagai Awal Muharram dan Maal Hijrah itu adalah diambil bersempena dengan peristiwa Nabi Muhammad bersama beberapa para sahabat berhijrah dari Mekah ke Madinah kerana menuruti perintah Allah.