Tempatan

Augustus 382BC Dapatkan Besi Kedah Untuk Bina Jalan Di Eropah

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 07 Februari 2023 – “Ada rekod baru, Augustus masa memerintah tamadun Rom 382 Sebelum Masihi mendapatkan besi kita untuk membina jalan raya di Eropah. Masa itu Augustus menawan Eropah,” dedah arkeogeologis, Datuk Dr Mokhtar Saidin.

Kenyataan ini dikeluarkan sewaktu pembentangan mengenai tamadun Kedah Tua dan kewujudan industri peleburan besi di sana dalam Forum Peradaban Alam Melayu anjuran Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) yang berlangsung pada Sabtu baru-baru ini.

Ujarnya, hasil penyelidikannya di Sg Batu menunjukkan, telah wujud satu industri peleburan di Sg Batu pada 788 Sebelum Masihi.

BACA JUGA: Lebur Besi Perlukan Teknologi Tinggi

BACA JUGA: Peradaban Dengan Orang Melayu Tidak Boleh Terpisah – Pengerusi PEMBELA

BACA JUGA: Norway Sekat Majlis Bakar Al-Quran Atas Sebab Keselamatan

Selain itu, besi yang terhasil di Kedah juga sangat berkualiti sehingga terkenal seantero dunia.

“Ini jongkong-jongkong besi yang telah saya potong dan analisis. Lihat bahagian yang telah dipotong di mana kualitinya, kesemuanya lebih daripada 70 peratus paddock. Patutlah disebut sebagai the best in the world. Patutlah menjadi pilihan dunia lain. Memang sangat berkualiti.”

Mengulas lanjut, menurut beliau, rekod di Kedah menyatakan, sewaktu pemerintahan Sultan Kedah ke-22, pada tahun 1804-1945, timah dan besi merupakan antara bahan eksport utama.

“Dibuat bukan sahaja eksport besi mentah tapi buat peluru, kuali dan paku. 1804 Kedah buat eksport kuali dan paku. Business strategy yang berlangsung dari awal di Kedah yang boleh dijadikan contoh. Ini rekod yang paling hampir dalam sistem pemerintahan Kedah. Pendapatan besi mentah, peluru, kuali dan paku adalah 4,000 riyal setahun.”

“So, keseluruhannya, Kedah adalah tempat pengeluar jongkong besi sejak 788, 2,800 tahun yang lalu,” katanya lagi.

Sehingga ke hari ini, Negeri Kedah masih melakukan eksport bijih besi termasuklah ke China, tambah beliau, sambil menunjukkan lampiran lombong besi terkini di Kedah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: