AS Tidak Percaya Israel Dapat Hapuskan Hamas – Media
NEW YORK, 17 OGOS 2024 – Media New York Times (NYT) telah melaporkan bahawa pentadbiran Amerika Syarikat (AS) tidak mempercayai bahawa Israel akan dapat mencapai sebarang sasaran mereka di Gaza dengan melawan Hamas secara terus menerus.
Perkara tersebut telah dinyatakan menerusi sebuah laporan yang diterbitkan oleh media tersebut yang mana menurut mereka, maklumat itu telah diperolehi daripada sumber dalaman.
Pentadbiran AS di bawah Joe Biden sedang mencuba untuk meyakinkan Presiden Israel, Benjamin Netanyahu untuk menerima gencatan senjata bersyarat yang membolehkan mereka mendapat kembali tahanan yang berjaya ditangkap oleh Hamas pada Oktober lalu.
Menurut NYT, “Makin ramai para pegawai keselamatan nasional di seluruh pentadbiran AS” berhujah bahawa pihak ketenteraan Israel telah berjaya menjatuhkan keupayaan Hamas, namun “mereka tidak sama sekali akan mampu untuk memusnahkan kumpulan tersebut secara sepenuhnya”.
Para pegawai senior AS termasuklah pengarah CIA William Burns, pegawai koordinasi Brett McGurk dan penasihat senior White House Amos Hochstein kini sedang membuat lawatan ke Timur Tengah di mana mereka ditugaskan untuk membuat perkongsian berkenaan pandangan Washington dengan para pemegang taruh di rantau itu.
Para penganalisa AS melihat operasi terkini Israel sebagai “sesuatu yang berstrategi Whac-a-mole” berikutan Hamas masih mampu untuk berdiri kukuh walaupun menerima tekanan.