AS Pengeksport Bersih Minyak Dunia Menjelang 2023
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
HOUSTON, 20 Disember 2022 – Amerika Syarikat (AS) dikatakan bersedia menjadi pengeksport bersih minyak dunia menjelang tahun hadapan.
Portal antarabangsa melaporkan, negara Barat itu telah memegang kuasa pengeksport minyak sejak beberapa tahun lalu namun nilai eksportnya tidak melebihi import sejak berlakunya Perang Dunia II.
Maklumat terkini mengatakan, jumlah eksport minyak mentah AS ke negara lain adalah sebanyak 3.4 juta tong sehari (bpd), dengan tapisan 3 juta bpd produk seperti petrol dan bahan api diesel.
Berdasarkan data tersebut, AS sebagai pengeksport bersih minyak dunia 2023 dilihat sebagai satu kebodohan kerana negara itu memerlukan 20 juta tong minyak mentah sehari, namun hanya mengeluarkan tidak lebih 13 juta tong untuk sehari.
Antara faktor yang mencetus AS sebagai pengeksport minyak ini adalah sekatan yang menjejaskan eksport minyak dan gas asli Rusia susulan pencerobohannya terhadap Ukraine serta pengeluaran besar-besaran minyak Washington daripada rizab kecemasan untuk menghadapi lonjakan harga petrol.
Dalam pada itu, sekiranya AS ingin menjadi pengeksport bersih minyak mentah, negara itu perlu meningkatkan pengeluaran ataupun mengurangkan penggunaan minyak.
Amerika Syarikat juga mencatatkan rekod sebagai pengeluar minyak terbanyak di dunia berbanding negara lain termasuk Arab Saudi dan Rusia, meskipun telaga gasnya semakin tua dan pertumbuhan pengeluaran minyak pada tahun ini direkodkan lembap.