Antarabangsa

AS Mahu Guna Aset Rusia Yang Dibeku Untuk Bina Semula Ukraine

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 17 April 2023 – Amerika Syarikat (AS) berpendirian bahawa Rusia patut membayar kos yang diperlukan untuk pembinaan kembali Ukraine setelah berlangsungnya konflik Rusia-Ukraine itu.

Perkara itu dinyatakan oleh Bendahari AS, Janet Yellen menerusi sebuah kenyataannya yang dibuat pada hari Sabtu lalu. AS kini sedang membincangkan kaedah-kaedah dalam menggunakan aset-aset Rusia yang dibekukan di Barat.

BACA JUGA: Main Mercun Lepas Jam 12 Malam Boleh Dikenakan Tindakan Undang-Undang

BACA JUGA: 2 Kawasan Terus Catat IPU Tidak Sihat

BACA JUGA: Dalam Sebulan, Kes Jangkitan COVID-19 Meningkat 481% Di Asia Tenggara – WHO

Namun Washington masih mengaku bahawa terdapat beberapa halangan dari sudut undang-undang berkenaan apa yang boleh dibuat terhadap aset-aset itu.

Yellen mendakwa bahawa peranan Rusia dalam membayar ganti rugi terhadap Ukraine itu adalah “sebuah tanggungjawab di mana komuniti sedunia menjangkakan bahawa Rusia yang sepatutnya menanggungnya”.

Menurut Yellen lagi, perkara mengenai tanggapan terhadap tanggungjawab bagi Rusia untuk membayar ganti rugi ini adalah sesuatu yang masih dibincangkan oleh AS bersama rakan sekutu mereka.

Kenyataan Yellen itu dikeluarkan setelah beberapa hari Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Politik AS, Victoria Nuland menyatakan bahawa AS kini sedang berusaha untuk membuat Rusia membayar “segalanya yang telah rosak”.

Menurut Nuland lagi, Kongres AS telah memberikan kebenaran kepada Justice Department AS untuk menggunakan “aset-aset haram yang dirampas daripada oligarki Rusia” untuk membina semula Ukraine.

Negara-negara Barat kini sedang membekukan aset-aset Rusia yang bernilai sekitar $300 bilion sejak bermulanya konflik di antara Moscow dan Kiev.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: