AS Banteras Nelayan Guna Pesawat Pengebom Nuklear
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
ECUADOR, 18 September 2022 – Tentera Amerika Syarikat (AS) menggunakan pesawat pengebom B-1 Lancer bagi membanteras kegiatan nelayan haram di sekitar persisir Pulau Galapagos.
Menurut laporan, pesawat pengebom B-1 merupakan sebuah pesawat yang digunakan ketika zaman Perang Dingin, di mana ianya dilengkapi dengan keupayaan meledakkan bom nuklear ke atas sasaran.
Walaupun pesawat terbabit digunakan sejak zaman Perang Dingin, ia terbukti ketika campur tangan AS di Afghanistan, di mana pesawat tersebut didapati mempunyai keupayaan untuk menjalankan serangan tepat, pantas dan berkeupayaan bertindak sebagai bantuan udara bagi tentera darat.
Menurut sebuah kenyataan oleh Tentera Udara AS, pesawat dari AS tersebut bekerjasama dengan beberapa institusi dari negara lain seperti Southcom dan MacDill Air Force Base bagi menjalankan operasi rondaan untuk mengesan kegiatan perikanan haram atau tidak dilaporkan.
Operasi ini juga merupakan ‘serampang dua mata’ bagi AS, di mana mereka menggunakan peluang ini bagi memperkukuh hubungan antara AS dan negara serantaunya, sekali gus mengukuhkan kedudukan AS di rantau berkenaan.
“Misi pengebom ini menunjukkan kebolehan kita untuk bertindakbalas di mana sahaja dan bila-bila sahaja kepada ancaman dalam suasana keselamatan global kini yang rumit, dinamik dan sentiasa berubah-ubah.”