AS Bakal Bekal Australia, 5 Kapal Selam Berkuasa Nuklear
AMERIKA SYARIKAT, 09 Mac 2023 – Australia dijangkakan akan membuat pembelian sebanyak lima unit kapal selam berkuasa nuklear US Virginia pada tahun 2030 yang merupakan sebahagian daripada dasar perjanjian keselamatan Pacific yang dimeterai bersama Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK).
Di bawah perjanjian yang dikenali sebagai AUKUS tersebut, sekurang-kurangnya sebuah kapal selam AS akan mengunjungi pelabuhan-pelabuhan Australia bagi tahun-tahun akan datang.
BACA JUGA: Elak Kahwin Muda: Kerajaan Bakal Gubal Undang-Undang Wajib Ke Sekolah Menengah
BACA JUGA: Polis Buru Lelaki Conteng Tembok Masjid, Persenda Nabi
BACA JUGA: Perbincangan Mendalam Perlu Sebelum ‘Pisahkan’ Jabatan Peguam Negara, Pendakwa Raya
Perjanjian tersebut turut dinatijahkan kepada tindakan bagi akhir tahun 2030, di mana kapal selam baharu akan dibina menggunakan rekaan UK beserta teknologi AS, sebagaimana yang telah dimaklumkan oleh empat orang pegawai AS.
Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese dijadualkan akan bertemu dengan Presiden AS, Joe Biden dan Perdana Menteri UK, Rishi Sunak di San Diego pada Isnin akan datang bagi membahaskan tindakan-tindakan selanjutnya dalam AUKUS.
Perjanjian tersebut mula-mula dimeterai pada September 2021 dan ianya dilihat sebagai sebuah percubaan bagi menghadapi kekuasaan China yang semakin berkembang serta untuk memperkukuhkan kedudukan negara Barat tersebut di rantau itu.
Australia kini telah pun menggunakan enam kapal selam Collins-class, yang mana penggunaan jentera tersebut akan diteruskan sehingga tahun 2036. Namun penggunaan kapal selam nuklear ini akan dilihat lebih berkesan berikutan keupayaannya untuk berada di bawah air lebih lama dan ianya juga sukar untuk dikesan.
Hal berkenaan kapal selam yang bakal dibeli oleh Australia itu telah pun dipaparkan di akhbar UK, di mana ianya menyatakan bahawa “UK telah berjaya untuk menjual kapal selam rekaannya kepada Australia”.