Politik

Anwar Guna Sidang Khas Parlimen Cabar PM – Awang Azman Pawi

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR – Awang Azman Pawi, seorang penganalisis politik berkata, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dilihat menggunakan sidang khas Parlimen untuk mencabar keabsahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekaligus menjatuhkan Perdana Menteri.

“Jika langkah untuk mencabar kedudukan keabsahan kerajaan PN berjaya, bermakna Perdana Menteri terpaksa berundur dan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah akan membuat pertimbangan untuk melantik Perdana Menteri baharu”, ujarnya seperti dilaporkan dalam FMT.

Tambahnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ini dilihat cuba mempertahankan kedudukannya dan kerajaan PN dengan cara melengah-lengahkan sidang Parlimen dan mengambil tindakan kepada pemimpin yang tidak bersetuju dengan kepemimpinannya.

Dalam masa yang sama, bekas ahli akademik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Azmi Hassan pula berkata, kerajaan sekarang sudah goyah dan cara terbaik untuk mengembalikan keyakinan kepada rakyat adalah dengan mengadakan sidang Parlimen bagi membincangkan isu pandemik sahaja, bukan menyentuh isu kehilangan majoriti Perdana Menteri.

“Keyakinan perlu diberi kepada rakyat dan salah satu cara terbaik ialah penglibatan semua ahli Parlimen.”

“Penting perbahasan mengenai pandemik dibuat kerana pembangkang mendakwa mereka tersisih dalam penggubalan dasar menangani kesan pandemik,” katanya.

Anwar Ibrahim dilaporkan telah mendesak sidang khas Parlimen diadakan bagi membincangkan beberapa isu untuk menangani Covid-19.

Dakwanya, kerajaan PN cuba melambatkan sidang Parlimen berkali-kali tahun lalu dalam usaha mengelakkan cubaan untuk mencabar majoriti mereka yang “sebenarnya tidak wujud”. 

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: