Anjur ‘Thai Hot Guy’ Di Bulan Ramadan, MP Seru Suarakan Bantahan’
KUALA LUMPUR, 22 Mac 2023 – Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari menyeru orang ramai untuk menyuarakan bantahan terhadap program ‘Thai Hot Guy’ yang dianjurkan pada 30 Mac 2023 akan datang.
“Tiada keperluan program seperti ini diberikan kebenaran untuk beroperasi ditambah pula di bulan Ramadhan yang mulia!”
“Tolonglah, hentikan. Suarakan bantahan beramai-ramai,” ujarnya dalam sebuah kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi beliau.
BACA JUGA: Peluk Islam Dengan Kebenaran Bapa, Undang-Undang Negeri Perlis Selari Perlembagaan
BACA JUGA: Syed Saddiq Jangan Tunjuk Liberal Sangat – Ketua Penerangan PERKASA
BACA JUGA: CelcomDigi Gabung, Milik Khazanah, Tapi Peranan Melayu Dikecilkan – Presiden PERKASA
Kenyataan beliau itu adalah merujuk kepada sebuah program ‘Thai Hot Guy’ yang bakal diadakan di Privacy Tun Razak pada Khamis, 30 Mac 2023 akan datang.
Sebuah media yang memuat naik info program tersebut berkata,
“Tidak perlu ke Thailand kali ini kerana mereka akan datang ke Malaysia untuk membawakan kita pertunjukan #firstman!”
“Dikelilingi oleh sekumpulan lelaki kacak dengan baju tidur yang sangat seksi benar-benar pemalu dan teruja.”
“Saya terharu Suasana adegan itu benar-benar sangat teruja sehingga gadis-gadis yang menyeronokkan tidak akan melepaskannya,” memetik kepada hantaran itu.
Pandangan daripada Fadhli Shaari yang juga Ketua Pemuda PAS ini turut disokong oleh warga maya yang menyatakan bahawa tindakan sedemikian tidak sepatutnya berlaku di bulan Ramadan yang mulia.
“Betul dalam negara ni ada bangsa lain tp majoritinya umat Islam.sepatutnya mereka hormati bulan mulia umat Islam ini,” kata Chenordin.