Tempatan

Angkara Kad TnG, Wang Pegawai Lesap Lebih RM23,000

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KUANTAN, 08 Januari 2023 – Seorang pegawai latihan vokasional dilaporkan rugi sebanyak RM23,514.70 selepas tertipu dengan proses pembelian TNG NFC Card murah yang dijual di laman sosial Facebook.

Berdasarkan kenyataan Ketua Polis Pahang, CP Dato’ Seri Ramli Bin Mohamed Yoosuf melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Pahang, mangsa yang berusia 55 tahun itu menemui iklan penjualan kad tersebut dan berminat dengan tawaran ‘Family Package’ iaitu (4) keping TNG NFC Card bernilai RM32.00.

Mangsa meneruskan proses pembelian dengan menekan link yang tersedia melalui aplikasi Whatsapp dan mengisi maklumat akaun Bank seperti username dan password bagi tujuan pembayaran tetapi proses tersebut didapati tidak berjaya.

Walaupun proses tersebut tidak berjaya dan tidak sepatutnya berlaku sebarang perubahan pada jumlah wang, mangsa kemudiannya mendapati wang di dalam akaun bank beliau telah lesap tanpa pengetahuannya.

BACA JUGA: Bantuan RM500 e-dompet TnG, Taktik Scammer Terbaru

BACA JUGA: RM54.05 Juta Peruntukan Sekolah & Badan Bukan Islam

BACA JUGA: Ramalan Cuaca Bagi Perlawanan Separuh Akhir Piala AFF Mitsubishi Electric Cup 2022

Susulan kes ini, pihak Polis Kontinjen Pahang menasihatkan orang ramai supaya tidak memuat turun aplikasi yang tidak berkaitan.

“Jangan dedahkan butir-butir perbankan kepada pihak ketiga ataupun di dalam aplikasi daripada link yang mencurigakan.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: