Tempatan

Ambil Dana RM15 Juta, Dong Zong Tak Tahu Malu – Hazwan Mohamad

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 04 Oktober 2021 – Ketua Penerangan BERJASA, Hazwan Mohamad menyifatkan tindakan pertubuhan Dong Zong yang menerima peruntukan RM15 juta daripada kerajaan sebagai kiasu, melampau dan tidak tahu malu.

Katanya, “Ini kerana peruntukan kerajaan mahu, tapi silibus pendidikan yang ditetapkan oleh kerajaan ini mereka tentang, malah mereka hina dan tidak mahu ikut pun selama ini”.

Tegasnya lagi, “Perangai seperti ini tidak layak diberikan sebarang dana awam kerajaan. Hatta, satu sen pun mereka tidak layak kerana tidak memiliki satu sifat patriotik dan juga sifat yang sayang dan cintakan tanah air”.

Menurut Hazwan, dana Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) disekat buat sementara sewaktu pemerintahan Perikatan Nasional (PN).

Namun, selepas UMNO memegang kembali tampuk kekuasaan, MCA dan DAP dilihat bersama-sama membantu memastikan dana kerajaan disalurkan kepada SMPC.

“Apabila kerajaan UMNO naik balik ini, saya nampak peranan MCA, saya nampak peranan DAP di luar kerajaan sama-sama membantu memastikan bahawa dana kerajaan ini tetap mengalir ke dalam sekolah-sekolah yang menentang sistem dan Akta Pendidikan Kebangsaan,” katanya seperti dilaporkan Pertiwi TV.

Baru-baru ini, Dong Zong mengesahkan 63 buah Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) di seluruh negara telah mendapat peruntukan sebanyak RM15 juta daripada kerajaan tahun ini.

Susulan itu, pertubuhan tersebut mengucapkan terima kasih kepada Menteri Pengangkutan yang juga Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Timbalan Menteri Pendidikan, Senator Datuk Dr Mah Hang Soon yang telah banyak membantu dalam mendapatkan peruntukan dana kepada SMPC.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: