AMARAN Hujan & Ribut Petir Dijangka Langgar Beberapa Negeri 3 Hari Berturut-Turut
KUALA LUMPUR, 06 Mac 2023 – Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menjangkakan hujan lebat dan ribut petir bakal membadai beberapa buah negeri selama tiga hari berturut-turut mulai hari ini.
Amaran hujan berterusan tahap buruk dijangka berlaku di Negeri Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman dan Betong (Pusa dan Betong) sehingga Isnin, 6 Mac 2023.
BACA JUGA: TPM Dinasihat Jangan Sibuk Iktiraf UEC – CIJ
BACA JUGA: “Sedih! Makanan Untuk Mangsa Banjir Sampai Lambat, Kurang Kualiti” – Wee Ka Siong
BACA JUGA: PDRM Pantau Penyebaran Propaganda Kumpulan Yang Dikaitkan Islamic State
Manakala hujan berterusan tahap waspada pula dijangka berlaku di Negeri Pahang (Kuantan, Pekan dan Rompin) Johor (Kluang, Mersing dan Kota Tinggi) Sarawak: Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit) dan Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu) sehingga Isnin, 6 Mac 2023.
Ribut petir pula dijangka melanggar Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak (Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang) dan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat) dan WP Labuan.
Pada Selasa, 7 Mac 2023 pula, ribut petir dijangka berlaku di Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat) dan Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Mukah, Miri dan Limbang).
Tambah METMalaysia, pada hari Rabu, 8 Mac 2023 pula, ribut petir akan melanggar satu dua tempat di Perak, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Johor dan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Tawau dan Kudat).
Di Sarawak pula, ribut petir akan melanda beberapa tempat di Kapit dan Bintulu.