Tempatan

Amaran Hujan Berterusan Hingga Selasa Di 5 Negeri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PETALING JAYA, 16 Disember 2023 – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada terhadap lima negeri hingga Selasa, 19 Disember ini.

Menurut kenyataan di laman X, negeri-negeri yang terlibat ialah Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sabah.

Bermula 18 hingga 19 Disember ini, hujan berterusan dijangka berlaku di Pahang melibatkan daerah Rompin, manakala di Johor melibatkan daerah Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Sementara itu, di Sabah, hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di kawasan Pantai Barat (Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: