Tempatan

Amaran Cuaca Buruk Di Malaysia – Kedutaan Amerika Syarikat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 03 Oktober 2022 – Amerika Syarikat (AS) melalui laman sesawang kedutaannya di Kuala Lumpur mengeluarkan amaran cuaca buruk kepada rakyat negaranya yang berada di Malaysia sebagai persediaan berdepan hujan lebat, ribut dan banjir bermula bulan depan.

Berdasarkan amaran itu, rakyat AS dinasihatkan untuk bersiap sedia berdepan Musim Siklon Tropika di Laut Pasifik Selatan bermula 1 November ini hingga 30 April tahun depan.

“Warga AS di Malaysia dinasihatkan untuk bersiap sedia lebih awal bagi berdepan kemungkinan gangguan utiliti kerana ia boleh berlaku selama beberapa hari.”

Menurut amaran itu, Malaysia berisiko dilanda hujan ribut berpanjangan dan bencana banjir sepanjang Musim Siklon Tropika yang boleh menyebabkan bekalan utiliti terputus selama beberapa hari.

Susulan tular amaran tersebut, MetMalaysia telah mengeluarkan kenyataan media mengingatkan orang ramai agar jangan terlalu bimbang dengan amaran yang dikeluarkan kedutaan AS itu.

Sebaliknya, orang ramai diingatkan supaya bersiap sedia sewajarnya dan mengikut arahan Agensi-Agensi Pengurusan Bencana Negara jika berlaku kejadian banjir.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: