Akta Lompat Parti: Hati-hati Pinda Perlembagaan – Zaid Ibrahim
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 12 April 2022 – Zaid Ibrahim, peguam merangkap mantan ketua DAP Kelantan telah memberikan amaran kepada Pakatan Harapan (PH) supaya berhati-hati dalam isu pindaan Perkara 10 Perlembagaan.
“Saya tahu la PH mahukan undang-undang anti lompat parti secepat mungkin; tapi sila berhati-hati apabila anda pinda Perkara 10. Anda mungkin akan dapat lebih daripada apa yang anda harapkan,” ujarnya dalam sebuah ciapan.
Baru-baru ini kerajaan mengusulkan Rang Pindaan Perlembagaan yang mengusulkan supaya Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi menambahkan beberapa klausa, antaranya klausa 3(A).
Pindaan tersebut akan memberikan Parlimen dua bidang kuasa utama, iaitu untuk menggubal undang-undang anti lompat parti; serta
Ia juga memberikan Parlimen kuasa menggubal undang-undang berkaitan keahlian politik mana-mana Ahli Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN).
Pindaan ini mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan ahli akademik dan politik, di mana ada yang menyatakan bahawa ianya adalah sesuatu yang boleh disalahguna. Tidak kurang juga yang menyatakan bahawa pindaan ini adalah perlu untuk menjayakan usaha menggubal undang-undang anti lompat parti.