Tempatan

Akhirnya, Tambahan Loji Dan Pair Air Kelantan Ditukar Baru

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KOTA BHARU, 19 November 2022 – Setelah beberapa tahun mengalami masalah bekalan air, baru-baru ini kerajaan Negeri Kelantan telah membina 40 buah loji baharu dan menggantikan 4,000 kilometer (km) paip lama kepada paip yang baharu.

40 loji tersebut membabitkan pelbagai kapasiti saiz bagi menyalurkan bekalan air kepada 1.9 juta penduduk di negeri berkenaan, lapor media.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti, Datuk Azami Mohd Nor memaklumkan, kerajaan Negeri Kelantan sentiasa berusaha menyelesaikan masalah bekalan air yang melanda di negeri itu sejak sekian lama.

“Namun, apa yang berlaku sehingga menyebabkan bekalan air tidak mencukupi adalah disebabkan paip bocor dan jumlah pengeluaran air itu hanya sampai sebahagian kepada penduduk.”

“Di Kelantan, jumlah panjang paip adalah 8,500km dan kita sudah menukar paip baharu membabitkan sepanjang 4,000km.”

Tambahnya lagi, baki lagi 4,500 kini dalam tindakan dan perlu dilakukan secara berperingkat memandangkan kos yang tinggi membabitkan nilai RM1.3 bilion untuk keseluruhan.

Justeru itu, beliau turut mengharapkan rakyat Kelantan agar dapat memberi kepercayaan kepada kerajaan Negeri dalam menyelesaikan masalah bekalan air ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: