Tempatan

Ajaran Sesat ‘Si Hulk’ Masih Aktif Babitkan Kalangan Remaja

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MELAKA, 17 Julai 2023 – Ahli ajaran sesat ‘Si Hulk’ dipercayai masih bergiat aktif terutamanya mereka yang remaja menerusi media sosial.

Menurut Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil, pihaknya serta penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) sedang menjalankan pemantauan berhubung kewujudan ajaran sesat terbabit.

Beliau berkata, maklumat diperolehi daripada pihak keluarga mereka sendiri yang memaklumkan berkenaan penglibatan anak-anak serta suami mereka dalam ajaran tersebut.

Berkata dalam kenyataan yang sama, pihaknya juga sedang memantau kegiatan beberapa pengikut remaja di media sosial selepas dilaporkan keluarga mereka.

BACA JUGA: Gelombang Haba Melampau Melanda AS, Eropah Dan China

BACA JUGA: Orang Melayu Islam Semakin Tertindas Di Raub, Minta Kerajaan Kaji Balik – Dato’ Fakrunizam

BACA JUGA: Kempen ‘Cina Sahaja’ Ketua Menteri Pulau Pinang, Lapor Portal

“Saya tak boleh sebut jumlahnya, namun mereka ini masih aktif dan masih dalam siasatan JAIM kerana rantaian mereka ini bersifat ‘underground’ yang tidak dizahirkan tapi kita perlu selidik untuk kesan ajaran itu,” jelas beliau selepas program Melaka Munajat Bersama Tuan Guru Abdul Somad di Dataran Sejarah Ayer Keroh, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, kerajaan Negeri dan JAIM juga sedang dalam proses untuk mewartakan ajaran ‘Si Hulk’ yang menyebarkan ajaran bertentangan dengan Islam.

Sebelum ini, samudera.my melaporkan seorang lelaki yang disyaki pengikut kepada ajaran sesat Suhaini bin Mohamad atau ‘Si Hulk’ dicekup pihak JAIM di mana risalah membabitkan ajaran sesat itu turut dirampas sewaktu penahanan tersebut.

Selain itu, empat lelaki yang dipercayai pengikut ajaran ini turut diburu pihak Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas menghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W di aplikasi TikTok.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: