Antarabangsa

Ahli Kongres AS Mahu Peristiwa An Nakba Diiktiraf Negaranya

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 11 Mei 2023 – Ahli Kongres Amerika Syarikat (AS), Rashida Tlaib telah memperkenalkan sebuah resolusi bagi mengiktiraf kejadian Nakba, sebuah insiden hitam pengusiran secara paksa terhadap ratusan ribu warga Palestin sebelum dan sewaktu penubuhan negara haram aparteid Israel pada tahun 1948.

Tindakan tersebut yang dibawa ke Parlimen AS pada Rabu lalu dilakukan dalam keadaan di mana kelompok progresif di AS kini semakin memberi sokongan terhadap hak-hak Palestin.

BACA JUGA: Empangan Malaysia Hanya Mampu Bertahan Kurang 4 Bulan

BACA JUGA: JAGA-JAGA: Ribut Petir Bakal Landa Beberapa Negeri Tiga Hari Berturut-Turut

BACA JUGA: Cubaan Bakar Masjid Kali Kedua, Polis Jerman Buka Siasatan

Kelompok progresif di AS juga kini melakukan desakan bagi negara tersebut mengehadkan pemberian bantuan kepada rejim haram aparteid Israel.

Tindakan tersebut memperjelaskan bahawa Nakba yang merupakan sebuah istilah bagi merujuk kepada “malapetaka”, adalah sebuah rampasan serta pengusiran rakyat Palestin daripada tanah air mereka.

Cadangan resolusi tersebut menjelaskan bahawa “sebuah keamanan yang adil dan berkekalan tidak akan dapat diperolehi tanpa sebarang perbicaraan mengenai Nakba serta memulihkan kezaliman yang telah dilakukan terhadap warga Palestin”.

Di samping itu, cadangan resolusi tersebut juga menyatakan bahawa Nakba adalah akar bagi isu-isu yang menyebabkan berlakunya pecah belah di antara orang Israel dan warga Palestin.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: