Agama Mana Benarkan Bikini & Arak? – Ridhuan Tee
KUALA LUMPUR, 16 Mac 2023 – “Agama mana pula yang benarkan bikini dan arak ini?” ini persoalan yang dilontarkan oleh Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah, mengulas jawapan dari seorang menteri di Parlimen yang mendakwa Malaysia perlu menyediakan persekitaran kondusif untuk pelancong, sekiranya mahu jumlah pelawat ke negara ini meningkat.
“PERTANYAAN Ahli Parlimen dan jawapan bodoh menteri berkaitan dengan pelancong seolah-olah apabila datang melancong ke negara kita, mahu berbikini dan minum arak begitu meloyakan.”
BACA JUGA: Banjir Kilat Melanda Kawasan Gempa Bumi Turkiye, 14 Terkorban
BACA JUGA: Banjir: Kerajaan Benarkan Pelajar Ke Sekolah Dengan Pakaian Bebas
BACA JUGA: Malaysia Perlu Bangunkan Industri Gula Sendiri
“Mereka berkata, generasi muda kini tidak lagi berminat dengan tapak sejarah atau persembahan kebudayaan sebagai tarikan pelancongan.”
“Jika begitu, takkan generasi muda datang melancong untuk berbikini dan minum arak?” soal beliau.
Tegas Profesor Ridhuan Tee, Malaysia sepatutnya mencontohi Qatar sewaktu menjadi tuan rumah FIFA 2022 yang bertegas dengan prinsip sekali gus mempamerkan keindahan Islam.
“Contohi Qatar yang dipilih menjadi tuan rumah bola sepak Piala Dunia. Qatar bertegas, tidak ada arak, tidak ada seks bebas, tidak ada kempen LGBT, jersey mesti sampai lengan, hormat waktu azan dan macam-macam lagi syarat tidak menyusahkan, mempamerkan keindahan Islam selaku tuan rumah.”
“Kesan piala dunia Qatar, pemain, pengunjung dan pelancong yang datang merasai kelainan dan bila mereka balik ke negara masing-masing, pakat-pakat menghampiri masjid untuk mengetahui apa itu Islam sebenarnya.”
Tambah Profesor Ridhuan Tee, inilah yang sepatutnya ditonjolkan kepada pelancong yang datang ke Malaysia.
“Inilah yang sepatutnya ditonjolkan apabila pelancong datang ke negara kita, bukannya dengan bertelanjang, berzina, seks bebas dan macam-macam lagi maksiat, sama seperti mereka,” tegas beliau lagi.