Antarabangsa

Adidas Siasat Surat Layang Tuduh Kanye West Berkelakuan Tidak Senonoh

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

LONDON, 29 November 2022 – Jenama terkemuka, Adidas kini sedang menyiasat dakwaan kelakuan tidak senonoh di tempat kerja oleh penyanyi rap, Ye, yang dahulunya dikenali sebagai Kanye West.

Siasatan tersebut adalah susulan surat layang yang diterima pihak Adidas, di mana terdapat beberapa dakwaan terhadap pemuzik itu dan pihak pemimpin kanan di syarikat itu juga didakwa menyedari kelakuan tidah senonoh Ye tetapi telah menutup “mata”.

Menurut jurucakap Adidas, buat masa ini tidak dapat dipastikan kesahihan tuduhan yang terdapat di dalam surat layang terhadap penyanyi rap itu.

“Bagaimanapun, kami memandang serius dakwaan ini dan telah mengambil keputusan untuk melancarkan siasatan bebas berhubung perkara itu serta-merta untuk menangani dakwaan itu.”

Ye, walau bagaimanapun gagal dihubungi untuk mendapatkan penjelasan berkenaan tuduhan tersebut.

Sebelum ini, samudera.my melaporkan berkenaan tindakan Adidas, syarikat pengeluar pakaian sukan terbesar Eropah itu, membatalkan kerjasama dengan Kanye West bulan lalu, akibat penyanyi tersebut terpalit dengan tuduhan mengeluarkan kenyataan anti-semitik.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: