Tempatan

90% Undang-Undang Malaysia Selaras Prinsip Islam – Profesor Shamrahayu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 02 Januari 2022 – “Lebih kurang 90% undang-undang di Malaysia adalah selaras dengan prinsip-prinsip Islam,” menurut Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Profesor Datuk Dr. Shamrahayu Ab. Aziz.

“Setiap undang-undang di Malaysia hendaklah sentiasa selaras dengan perlembagaan. Ada kemungkinan undang-undang yang selaras dengan Islam tapi bercanggah dengan perlembagaan, ia mungkin lagi sah. Tapi yang bercanggah dengan Islam, saya susah nak cari lagi.”

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

BACA: Dos Penggalak Mungkin Bawa Penderitaan: “Istikharah Dahulu” – Mufti Perlis

Menerangkan dengan lebih mendalam, beliau memberi contoh berkaitan judi. Betul perjudian itu bercanggah dengan Islam tapi orang Islam di Malaysia tidak dibenarkan untuk berjudi, yang berjudi itu dia sendiri tanggung. Kalau daripada segi undang-undang memang tidak dibenarkan.

“Begitu juga dengan orang Islam tidak boleh minum arak, kalau dia minum dia akan tanggung. Jadi untuk orang Islam di Malaysia ini, kita dikawal oleh perundangan Islam,” jelas beliau.

Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu itu turut mengatakan bahawa Islam ini bukan sekadar nama. Islam itu bukan setakat perundangan Islam yang dimain-mainkan dan dicanang-canangkan oleh setengah-setengah pihak bahawa Islam itu dalam bentuk perundangan sahaja. Islam itu sudah begitu sebati dalam budaya kita.

Profesor Datuk Dr. Shamrahayu Ab. Aziz melalui bengkel bersiri anjuran WAFIQ membuat kesimpulan dengan menyatakan, pokok pangkalnya kita terima bahawa Islam itu adalah Agama bagi Persekutuan, Islam itu adalah prinsip utama dalam kehidupan bernegara dan daripada segi sejarah dan sebagainya.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: