Tempatan

9.1 Juta Dos Vaksin Covid-19 Dilupuskan, Kerajaan Rugi RM185 Juta

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 13 Julai 2024 – Kerajaan menanggung kerugian sebanyak RM185 juta susulan pelupusan 9.1 juta dos vaksin COVID-19 setakat 11 Jun lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata sedemikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Jalaluddin Alias (BN-Jelebu) berhubung jumlah sebenar vaksin COVID-19 yang terpaksa dilupus kerana telah tamat tempoh dan berapa anggaran kerugian ditanggung kerajaan.

Menurut beliau, pelupusan itu melibatkan beberapa perkara termasuk logistik dan penyimpanan stok.

Terdahulu, sejak program imunisasi COVID-19 bermula pada tahun 2021, Kerajaan telah menerima 84.5 juta dos vaksin sama ada melalui perolehan atau sumbangan.

Walau bagaimanapun, Dzulkefly tidak berpandangan buruk terhadap menteri Kabinet terdahulu yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal vaksin COVID-19.

Ujarnya, “Atas persoalan berapa kerugian, saya tidak bermaksud negatif terhadap menteri-menteri terdahulu sebelum saya.”

“Bagi menteri-menteri terdahulu sebelum saya, mereka tidak mempunyai prosedur operasi standard (SOP) dan dengan itu saya faham kalau ada kelebihan ia terkait dengan persaingan untuk mendapatkan vaksin itu adalah sangat sengit.”

Di samping itu, Dzulkefly mendedahkan, Kerajaan menerima 26 laporan berhubung kesan sampingan serius akibat suntikan vaksin COVID-19 termasuk kemasukan wad atau membahayakan nyawa.

“Kami mengakui dan sangat sedar serta ada pemantauan berterusan oleh Bahagian Kawal Selia Farmasi Negara (NPRA) .

“Setiap satu kematian itu kita akan susuli dengan forensik bagi mengenal pasti terkait sebab musabab akan kes serius itu yang sentiasa diambil tanggungjawab,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: