Tempatan

800 Uyghur Ditangkap China Kerana Kesalahan Serius Seperti Bersolat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BEIJING, 08 Mac 2022 – Pihak Berkuasa China telah menahan hampir 800 umat Islam Uyghur di daerah Manas, Xinjiang menurut laporan Asian News International (ANI).

Kesemua mereka yang diberkas kerana telah melakukan “kesalahan serius” seperti bersolat, kini ditempatkan dalam kem tahanan untuk mempelajari budaya dan bahasa Cina di sana.

Sebelum ini, seorang wanita Uyghur telah dijatuhkan hukuman penjara selama 14 tahun atas kesalahan menyembunyikan beberapa naskhah al-Quran dan memberi didikan agama kepada kanak-kanak.

Pegawai mahkamah Daerah Manas telah mengesahkan bahawa wanita tua itu telah dijatuhkan hukuman penjara selama 14 tahun.

“Ini disebabkan mengajar kanak-kanak al-Quran dan menyembunyikan dua naskhah al-Quran sewaktu pihak berkuasa mahu merampasnya, dan kemudian tertangkap,” kata pegawai itu. “Inilah sebab-sebab hukuman dia.”

Sejak tahun 2017, seramai 1.8 juta umat Islam Uyghur dan minoriti Muslim lainnya telah ditahan secara paksa di kem tahanan Xinjiang, kononnya bagi diberi didikan semula bagi mengawal dan mengasimilasikan golongan minoriti ini kononnya sebagai langkah mengelakkan aktiviti pelampauan dan keganasan agama.

Pihak berkuasa China dilaporkan telah menyasarkan dan menahan ramai ahli perniagaan, para pemikir, dan tokoh budaya dan agama Uyghur di sekitar Xinjiang selama beberapa tahun ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: