Tempatan

7,140 Kilogram Minyak Masak Bersubsidi Gagal Diseludup Ke Negara Jiran

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BACHOK, 23 November 2022 – Sejumlah 7,140 kilogram minyak masak bersubsidi bernilai RM17,850 dirampas dalam serbuan di sebuah premis tanpa nombor di Kampung Beris Kubor Besar, Bachok pada Selasa lalu.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Kelantan dalam satu kenyataan memberitahu, serbuan dilakukan dengan kerjasama anggota dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Bachok dan Pasukan Polis Marin Wilayah Pengkalan Kubor, menerusi Ops Membanteras Ketirisan Barangan Kawalan.

“Pada jam 4.40 petang pasukan menerima maklumat risikan beberapa kenderaan mencurigakan berkumpul di belakang sebuah premis tanpa nombor di kawasan Kg. Beris Kubur Besar, Bachok, Kelantan.”

Bertindak atas maklumat, katanya pihaknya melakukan pemerhatian dan mendapati beberapa individu sedang memunggah kotak dipercayai minyak masak ke dalam beberapa kereta.

“Pasukan kemudian menyerbu premis, namun sebuah kenderaan bertindak memecut keluar dengan sekumpulan lelaki melarikan diri ke kawasan semak berhampiran.”

“Pemeriksaan lanjut telah menemui minyak masak bersubsidi anggaran sebanyak 7,140 kilogram dengan nilai rampasan sebanyak RM 17,850.00 dipercayai untuk diseludup ke negara jiran.”

Susulan itu, KPDNHEP negeri bertindak menyita minyak masak bersubsidi itu dan lima kenderaan dengan nombor pendaftaran tempatan dengan anggaran keseluruhan nilai rampasan RM97,450,00.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Pengguna boleh menyalurkan sebarang aduan sekiranya mengesyaki sebarang aktiviti yang mencurigakan dan tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil KPDNHEP selanjutnya.”

Terdahulu, sebuah portal tempatan melaporkan kebimbangan dalam kalangan penduduk setempat di Perlis akan kehadiran kende­raan asing dari Thailand yang semakin rancak ‘mengatur’ stesen minyak sejak awal bulan ini.

Mereka mendakwa sebilangan stesen minyak sesak dengan trak pikap pada waktu pagi dan petang sewaktu penduduk sibuk pergi dan pulang dari tempat kerja.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: