Antarabangsa

Lebih Banyak Ubat Sirap Tercemar Yang Digunakan – WHO

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GENEVA, 11 Disember 2023 – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, beberapa ubat cecair yang tercemar telah dikenal pasti di kawasan baharu di rantau negara-negara Amerika, Mediterranean Timur, Asia Tenggara dan Pasifik Barat.

Menurut WHO, produk yang terjejas itu telah dikeluarkan oleh Makmal Pharmix di Pakistan dan ia pertama kali dikenal pasti di negara Maldives dan Pakistan. Beberapa produk lain yang tercemar juga turut ditemui di Belize, Fiji dan Laos.

Kata WHO, ubat-ubatan dan cecair yang mengandungi bahan aktif untuk merawat pelbagai keadaan penyakit serta mengandungi paras pencemar etilena glikol yang tinggi adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

Tahap pencemarannya adalah antara 0.62 peratus hingga 0.82 peratus, berbanding tahap yang boleh diterima iaitu tidak melebihi 0.10 peratus. Produk ini direka bentuk untuk pelbagai jenis rawatan alahan, batuk dan masalah kesihatan lain.

Sebanyak 23 jenis kelompok sirap Alergo, suspensi Emidone, sirap Mucorid, suspensi Ulcofin dan sirap Zincell yang ditemui terjejas, namun menurut  WHO setakat ini hanya sirap Alergo yang ditemui di luar Pakistan.

WHO turut memberi amaran bahawa produk substandard yang dirujuk dalam amaran ini adalah tidak selamat untuk digunakan terutamanya pada kanak-kanak di mana ia boleh mengakibatkan kecederaan serius atau kematian.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: