Tempatan

62 NGO Bukan Islam Mahu Mengadu Pada Agong Tentang Firdaus Wong & Lain2

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 28 Januari 2022– Sebanyak 62 Persatuan bukan Islam menuntut supaya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mengambil tindakan dan menghukum beberapa orang pendakwah.

NGO terbabit juga menggesa sekiranya tiada sebarang tindakan dilakukan, hal terbabit akan diajukan kepada Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.

BACA: Tahniah David Marshel, Waktu Untuk Tanggalkan Tudung Mereka
BACA: Bila Akidah Dicabar, Pemimpin Islam Ghaib – Hj Aminuddin
BACA: Parlimen India Rai Sami Bogel, Muslimah India Dinafikan Hak

Antara pendakwah yang didakwa telah mencetuskan kontroversi dalam kalangan golongan bukan Islam ialah Firdaus Wong Wai Hung, Zamri Vinoth Kalimithu, Ahmad Iqram Mohd Noor, Ridhuan Tee Abdullah, Ustaz Syakir Nasoha, dan Ustaz Idris Sulaiman.

NGO terbabit mendakwa pendakwah-pendakwah yang disebut telah mencetuskan ketegangan di antara orang Islam dan bukan Islam.

“Pendakwah-pendakwah muslim ini dengan jelas memprovokasi dan mencetuskan kemarahan, ketegangan, dan kebencian antara orang Islam dan bukan Islam…” ujar kumpulan tersebut, seperti yang dilaporkan oleh portal The Vibes.

Wakil dari persatuan Hindu Agaman Ani Malaysia, Arun Doraisamy turut menyuarakan kekecewaan beliau terhadap pihak berkuasa yang dikatakan tidak mengambil sebarang tindakan susulan aduan yang dibuat.

“PDRM dan Pejabat Peguam Negara, turun dan buat kerja, atau kalau tidak bagi tanggungjawab untuk kendalikan jabatan kepada orang lain.” Tegas beliau.

“YB Halimah lebih baik letak jawatan, atau turun padang dan dengar kepada NGO dan pihak yang terkesan, kalau tidak jawatan dia tak ada guna.” Tambahnya lagi.

Pegawai dari JAKIM telah menerima memorandum kumpulan tersebut tetapi tiada sebarang komen tentang tindakan selanjutnya buat masa ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: