Tempatan

6 Penuntut UPNM Dipenjara 18 Tahun Sebabkan Kematian Zulfarhan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 02 NOVEMBER 2021 – Hakim Mahkamah Tinggi Jenayah Kuala Lumpur, YA Datuk Azman Abdullah memutuskan bahawa 6 penuntut Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM) bersalah di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan manakala 12 lagi tertuduh bersalah di bawah Seksyen 330 Kanun Keseksaan.

YA Datuk Azman Abdullah menjatuhkan hukuman penjara lapan belas (18) tahun di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan ke atas 6 tertuduh.

6 orang tertuduh terbabit ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd. Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd. Ali.

Bagi 12 orang lagi tertuduh, YA Datuk Azman Abdullah menjatuhkan hukuman tiga (3) tahun di bawah Seksyen 330 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

12 tertuduh tersebut ialah Mohd. Hafiz Fauzan Ismail, Mohamad Lukhmanul Hakim Mohd Zain, Ahmad Shafwan Berdal, Muhammad Amirul Asraff Mala, Luqman Hakim Shamsuri, Muhammad Sufi Mohd Mustapha, Noriznan Izzairi Noor Azhar, Muhamad Ashraf Abdullah, Muhammad Danial Firdaus Azmir, Muhammad Hasif Ismail, Muhammad Adib Iman Fuad Ady Sany dan Mohamad Syazwan Musa.

Kes ini tercetus lantaran tindakan beberapa penuntut UPNM mencederakan arwah Zulfarhan Osman Ismail pada 21 Mei 2017 sekitar jam 2.30 pagi hingga jam 5.30 pagi bertempat di bilik 03-05 Asrama Jebat bagi mendapatkan pengakuan arwah tentang kes kecurian komputer riba di asrama berkenaan.

Hal yang sama diulangi lagi pada 22 Mei 2017 jam 4.45 pagi hingga jam 5.45 pagi kali ini di bilik 04-10 asrama yang sama. Arwah Zulfarhan kemudiannya mengadu bahawa beliau tidak sihat kepada beberapa orang suspek dan beliau dibawakan ke sebuah klinik swasta bertempat di Bandar Baru Bangi pada 27 Mei 2017 bagi mendapatkan rawatan dan beliau dibenarkan pulang. Setelah dibenarkan pulang, beliau dibawa ke sebuah kondominium pada 31 Mei 2017 untuk berehat oleh dua orang suspek.

Pada 1 Jun 2017, Zulfarhan didapati kaku dan beliau kemudiannya disahkan meninggal dunia di Hospital Serdang. Dua orang tertuduh ditahan bagi tujuan siasatan yang kemudiannya membawa kepada penangkapan 19 orang penuntut, 1 daripadanya dilepaskan dari sebarang pertuduhan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: