PRU-15

48 Jam Selepas Mengundi, Content TikTok Penuh Dengan Amaran Tragedi 13 Mei

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 22 November 2022 – 48 jam selepas hari pengundian pada 19 November 2022, Sabtu lalu, akaun media TikTok dilaporkan dipenuhi dengan amaran tragedi 13 Mei 1969.

Menurut laporan sebuah portal tempatan, kandungan TikTok itu didakwa menyebarkan naratif serupa yang disasarkan kepada orang Melayu-Islam, mendakwa DAP akan menguasai politik jika parti itu dibenarkan menjadi sebahagian kerajaan baru yang ditubuhkan.

Pengarah Badan pemerhati media Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ), Wathshlah Naidu pula mendakwa, “Naratif ini menghasut dan digunakan untuk menimbulkan ketakutan, dan mendorong agenda anti-DAP (anti-Cina) sambil menyeru terutamanya Perikatan Nasional untuk mentadbir negara.”

Sementara itu, Ketua Polis Negara (KPN) Acryl Sani Abdullah Sani mengeluarkan amaran kepada pengguna media sosial supaya tidak menyalahgunakan platform mereka untuk menyebarkan kandungan provokasi yang boleh membawa kepada keresahan orang ramai.

“Susulan pengumuman keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan dalam tempoh pembentukan Kerajaan, PDRM telah mengesan tindakan pengguna-pengguna media sosial yang memuat naik kandungan menyentuh sentimen perkauman/keagamaan dan menghina institusi diraja.”

“PDRM memberi peringatan dan penegasan kepada pengguna-pengguna media sosial agar mengekang diri daripada menyalahgunakan platform tersebut untuk menyebar kandungan bersifat provokasi yang boleh mengakibatkan kegusaran awam. Tindakan tegas di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia, Akta Hasutan serta Kanun Keseksaan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba menghasut situasi yang boleh mengancam keamanan dan keselamatan awam,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan.

Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah insiden rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini telah meragut nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan “Pilihan Raya Umum 10 mei 1969” merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: