Tempatan

4 pasar besar terima lesen import ayam bulat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 15 Februari 2022 – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) telah memberi kebenaran untuk pengimportan ayam bulat sejuk beku dari beberapa negara kepada empat pasar raya besar di negara ini iaitu Mydin, NSK, Lulu dan Lotus.

BACA: Syarikat Bumiputera Mengaku Salah Tuduhan Bekal Minyak Masak Berlebihan
BACA: Naikkan Harga Atau Tiga Juta Telur Tiada Ramadhan Ini – Lee Yoon Yeau
BACA: Harga Barang Dijangka Naik Selepas Tahun Baru Cina – DPMM

Perkara ini disahkan oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1, Datuk Seri Ahmad Hamzah di mana ianya bukan sahaja dapat menampung permintaan pengguna tetapi juga dapat menstabilkan harga bahan mentah itu ketika ini.

Menurut beliau, dengan cara itu peniaga boleh mendapatkan bekalan secara langsung dari pemborong tanpa perlu mengenakan caj kepada orang tengah seterusnya dapat menjual pada harga yang lebih rendah kepada pengguna.

“Kerajaan mengambil tindakan tepat dengan memberikan kelulusan kepada empat pasar raya untuk mengimport ayam bulat. Maknanya, pasar raya berkenaan boleh membeli dan menjualnya secara terus.”

Ujar beliau lagi, melalui pengimportan itu juga harga pasaran dapat diturunkan dengan kadar siling ditetapkan pada RM8.90 sekilogram.

Baru baru ini, kebanyakan peniaga terkesan dengan kekurangan bekalan selain dari memperoleh keuntungan yang minimum.

Sehubungan itu, MAFI telah melantik beberapa syarikat bagi tujuan pengimportan ayam sejuk beku sehingga 10,000 tan metrik atau 5.5 juta ayam sebulan sehingga bulan ini bagi menangani isu kekurangan bekalan ayam.

Sebanyak 32 syarikat dari tiga negara iaitu Thailand, China dan Brazil telah diberikan kelulusan dari pihak kerajaan untuk mengimport ayam sejuk beku bagi menangani isu kekurangan bahan mentah ini.

Namun, susulan daripada harga bahan makanan ternakan tersebut yang turut meningkat berlipat kali ganda berbanding harga sebelum ia mengakibatkan harga ayam bulat naik dengan mendadak.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: