3 Tempat Di Pahang Dilanda Banjir Teruk
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini
PAHANG, 22 Disember 2021 – Temerloh, Mentakab dan Bera sedang dilanda bencana banjir – yang disifatkan oleh orang awam sebagai banjir termenung. Bagi Mentakab, banjir tahun ini merupakan banjir yang paling teruk pernah berlaku berbanding sebelum ini.
Berdasarkan perkongsian orang awam, tempat tinggi juga dinaiki air. Kenderaan dan harta benda yang dibawa ke kawasan bertanah tinggi yang diharapkan selamat dari dinaiki air habis ditenggelami.
Talian perhubungan juga mengalami masalah. Keperluan asas, makanan dan perubatan amat diperlukan oleh mereka sekarang.
Kejadian banjir di negeri ini semakin buruk seakan mengulangi tragedi banjir besar 1971 apabila bandar Mentakab di sini ditenggelami air hari ini.
Ketika banjir besar 2014 hanya kampung-kampung berhampiran sahaja ditenggelami air namun kali ini bandar itu turut dilimpahi air seperti lautan.
Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT 1), ANIH Berhad memaklumkan laluan Bentong ke Karak masih tidak boleh dilalui dikedua-dua hala. Laluan Karak ke Chenor juga masih tidak boleh dilalui dikedua-dua hala.