Antarabangsa

245,000 Tentera Boikot Lazada Kerana Iklan 5.5 Dianggap Hina Kerabat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BANGKOK, 11 Mei 2022 – Angkatan Tentera Diraja Thai mengumumkan pengharaman terhadap kesemua 245,000 anggota tenteranya daripada membuat transaksi perniagaan rasmi melalui Lazada kerana salah satu video promosi syarikat itu dikatakan sebagai menghina kerabat diraja.

Jurucakap pihak tentera, Kolonel Sirichan Ngathong dalam kenyataannya berkata, video tersebut “menyinggung pemerintahan beraja” dan “menyebabkan perpecahan dalam kalangan masyarakat Thai”.

“Pihak tentera kini mempunyai polisi untuk mengharamkan semua anggota tentera dan aktiviti ketenteraan untuk membuat pesanan barangan dari platform Lazada mahupun membuat penghantaran barangan dari Lazada,” kata Kolonel itu.

Syarikat Lazada telah menjadi sasaran kemarahan rakyat Thailand setelah Aniwat Prathumthi, pempengaruh mak nyah menaikkan sebuah video TikTok mempromosikan jualan 5.5 Lazada yang didakwa mengandungi sindiran terhadap salah seorang kerabat diraja.

Iklan tersebut menunjukkan mak nyah tersebut memarahi seorang Orang Kurang Upaya (OKU) di kerusi roda kerana memakai pakaiannya.

Watak OKU tersebut dikatakan sebagai menyerupai Puteri Chulabhorn yang terpaksa menggunakan kerusi roda disebabkan penyakit Lupus yang dihidapinya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: