Tempatan

2 Sektor Jadi Fokus Utama Penguatkuasaan Akta 712

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 21 Februari 2023 – Sektor makanan dan pertanian menjadi fokus utama bagi penguatkuasaan Akta 712, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Kenyataan beliau ini adalah bagi menjawab kepada Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Haji Salleh (Pasir Puteh) yang menanyakan berapakah jumlah syarikat atau individu utama yang terlibat dengan kartel sektor bahan serta langkah untuk menghadapi kartel tersebut seperti yang tertulis dalam Manifesto PH-Kita Boleh.

BACA JUGA: Negara Dalam Bahaya Sekiranya Pandemials & Precariats Tidak Dibantu

Menurut beliau, sektor makanan dan pertanian menjadi fokus utama bagi penguatkuasaan akta tersebut selain daripada perolehan-perolehan Kerajaan yang lain yang turut menjadi perhatian dalam penyiasatan Suruhanjaya Persaingan Malaysia atau MyCC ketika ini seperti sektor perkhidmatan, pembinaan dan pembekalan.

“MyCC akan bertindak tegas, without fear or favour, terhadap mana-mana perusahaan dalam sektor di atas terutamanya bahan makanan jika mereka terlibat dalam kartel,” tegasnya.

BACA JUGA: Amaran Angin Kencang, Laut Bergelora Berkuat Kuasa Sehingga Isnin Depan

Ujar beliau, perusahaan yang terlibat dengan kartel ini boleh dikenakan penalti kewangan sehingga sepuluh peratus dari pusing ganti dunia (worldwide turnover) dan mereka juga boleh disenaraihitamkan sekiranya didapati berkait dengan perolehan Kerajaan.

Berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan Malaysia yang berkuat kuasa mulai 1 Jun 2022, Akta Persaingan 2010 [Akta 712] ini digubal bagi menggalakkan pembangunan ekonomi dengan menggalakkan serta melindungi proses persaingan di mana ia melarang perlakuan anti persaingan bagi mencapai tujuan tersebut.

BACA JUGA: Turkiye-Syria Digegar Sekali Lagi, 3 Terkorban

Sebelumnya Salahuddin memberitahu, terdapat lima syarikat pengeluar makanan ayam yang didapati melanggar Seksyen 4 Akta 712 melalui satu perjanjian anti persaingan atau kartel dalam pasaran makanan ayam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: