Antarabangsa

18,000 Pekerja Amazon Bakal Diberhentikan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

WASHINGTON, 08 Januari 2023 – Lebih 18,000 pekerja Amazon akan diberhentikan sebagai sebahagian daripada langkah pengurangan tenaga kerja mulai 18 Januari ini.

Jumlah itu lebih ramai daripada jumlah yang didedahkan sebelum ini.

BACA JUGA: Kajian Dedahkan Separuh Daripada Glasier Dunia Akan Lenyap Pada 2123 

BACA JUGA: Desas-Desus BN & Warisan Jatuhkan Ketua Menteri Hajiji Noor Tumbang 

BACA JUGA: KKM Lancar Label Braille, Bantu Pesakit OKU Penglihatan Kenal Ubat 

Amazon mula mengurangkan kakitangan pada November lalu dan pada masa itu ia menyasarkan sekitar 10,000 pengurangan pekerja.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Andy Jassy dalam nota kepada kakitangan pada Rabu berkata, sebahagian besar pemberhentian tersebut melibatkan bahagian Amazon Stores dan organisasi PXT.

“Pelan tahunan adalah lebih sukar memandangkan ekonomi yang tidak menentu dan kami telah mengambil pekerja dengan pantas sejak beberapa tahun kebelakangan ini,” kata Andy dalam nota itu.

Amazon merupakan syarikat swasta kedua terbesar di Amerika Syarikat (AS) selepas Walmart Inc mempunyai lebih 1.5 juta pekerja termasuk kakitangan gudang.

Dalam pada itu, syarikat gergasi McDonald’s juga dilaporkan merancang untuk mengurangkan beberapa kakitangan korporatnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: