14 Plaintif Mahu Isytihar Pegawai Jabatan Agama Johor Hina Mahkamah
KUALA LUMPUR, 17 April 2023 – 14 orang plaintif yang sebelum ini telah memfailkan saman bagi menuntut agar undang-undang negeri yang membenarkan pengislaman secara unilateral bagi kanak-kanak kini telah memohon agar tindakan lima orang Pegawai Jabatan Agama Islam Kota Tinggi diisytiharkan sebagai menghina mahkamah.
Perkara tersebut telah dinyatakan oleh peguam, Rajesh Nagarajan di mana beliau mengulas bahawa semua permohonan ex-parte telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada minggu lalu.
BACA JUGA: Hina Agama: Mengaku Bersalah, Siti Nuramira Didenda RM8,000
BACA JUGA: Juadah Berbuka Ramadan Tidak Terjual Disedekahkan – NGO
BACA JUGA: Helikopter Ambulans EMARS Beroperasi 1 Mei Ini
Permohonan tersebut mendakwa bahawa lima orang pegawai tersebut telah bertindak menganggu Aisyah Muhammad Ali setelah kes itu diumumkan pada bulan Mac lalu.
Menerusi pemfailan mahkamah, para plaintif telah menyatakan bahawa tindakan yang dibuat oleh lima orang Pegawai Jabatan Agama Islam Kota Tinggi itu adalah menghalang keadilan dan juga menunjukkan rasa tidak hormat kepada negara.
Aisyah telah membuat laporan polis bagi dakwaan gangguan tersebut tidak lama setelah perkara itu berlaku pada 29 Mac lalu.
Pada awal Mac lalu, 14 orang plaintif tersebut telah memfailkan cabaran undang-undang terhadap lapan kerajaan Negeri bagi membatalkan undang-undang berkenaan mengislamkan kanak-kanak tanpa kebenaran kedua-dua ibu bapa kanak-kanak tersebut.
Antara 14 plaintif yang memfailkan cabaran tersebut adalah S Mohan, mantan Pengerusi Malaysia Hindu Sangam dan Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism dan Taoism, Arun Doraisamy dari NGO Hindu Agamam Ani, M Indira Gandhi serta beberapa individu lain.
Para plaintif tersebut juga menuntut pengisytiharan bahawa pertukaran agama kanak-kanak secara unilateral adalah tidak berperlembagaan dan melanggar Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan.