Antarabangsa

Pembebasan 11 Perogol Anti-Muslim, Undang Kerisauan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

NEW DELHI, 22 Ogos 2022 – Puluhan wanita India menyertai tunjuk perasaan bagi membantah keputusan kerajaan Gujerat yang diperintah oleh parti nasionalis Hindu Bharatiya Janata (BJP) kerana membebaskan 11 lelaki yang telah dipenjara seumur hidup setelah dijatuhi hukuman jenayah rogol dalam peristiwa rusuhan Gujerat.

Keputusan itu dibuat sempena meraikan ulang tahun kemerdekaan India yang ke- 75 sejak berakhirnya pemerintahan British.

Maimoona Mollah dari Persatuan Wanita Demokratik Seluruh India berkata, mereka menuntut negeri itu untuk membatalkan keputusannya.

“Mangsa dan wanita lain yang terselamat berhak hidup dengan aman dan bermaruah,” katanya.

Dalam pada itu, tular sebuah rakaman menunjukkan pembebasan perogol-perogol anti-muslim yang disambut dengan penuh hormat.

Perkara itu sekaligus mencetuskan kemarahan kumpulan wanita, aktivis hak asasi manusia dan ahli politik pembangkang.

Peguam, Vrinda Grover, menyifatkan keputusan itu sebagai suatu tindakan yang tidak adil.

Ahli Parlimen Pembangkang, Rahul Gandhi, mempersoalkan jenis mesej yang disampaikan kepada wanita di India daripada kerajaan yang mengatakan mahu memperkasakan wanita.

“Seluruh negara melihat perbezaan antara kata-kata dan perbuatan anda,” tulis Rahul di Twitternya pada Rabu lalu.

Dalam masa yang sama, Bilkis Bano, seorang mangsa rogol dalam peristiwa itu turut merayu kepada kerajaan untuk membatalkan keputusan tersebut.

Dia berkata, keputusan kerajaan Gujerat itu menyebabkan dia hilang kepercayaan terhadap keadilan.

“Bagaimana keadilan untuk seorang wanita boleh berakhir seperti ini? Saya mempercayai Mahkamah Tertinggi di negara ini.

“Tolong batalkan keputusan ini dan kembalikan hak saya untuk hidup tanpa rasa takut dan aman,” katanya sambil menambah tiada pihak berkuasa menghubunginya sebelum membuat keputusan itu.

Bilkis Bano merupakan seorang wanita Islam yang dirogol secara kejam beramai-ramai ketika hamil dalam rusuhan agama terburuk di barat Gujerat, yang menyaksikan lebih 1,000 orang kebanyakannya beragama Islam terbunuh.

Dalam rusuhan itu juga menyaksikan, tujuh ahli keluarga wanita terbabit termasuk anak perempuannya berusia tiga tahun turut terbunuh.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: