10% Dunia Hilang Menjelang 2050 – Menteri Indonesia
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
JAKARTA, 15 September 2022 – Dunia dijangka akan menghilang sebanyak 10 peratus menjelang 2050 susulan perubahan iklim yang melanda dunia, menurut penyelidikan yang diterbitkan oleh sebuah institut dari Switzerland pada 2021.
Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani berkata, jika Perjanjian 2050 Paris tidak dipenuhi, dunia akan mengalami kerugian besar bukan sahaja dalam kehidupan sosial masyarakat, namun juga dalam pembangunan sektor ekonomi.
“Secara beransur-ansur, tekanan inflasi boleh timbul akibat gangguan daripada rantaian bekalan nasional dan antarabangsa susulan perubahan cuaca seperti banjir, ribut dan kemarau yang berpotensi mengakibatkan kerugian kewangan,” jelasnya.
Justeru itu, Sri Mulyani menggesa satu tindakan drastik perlu dilakukan segera bagi mengelakkan sebarang kerugian berlaku.
“Masalah ini haruslah diselesaikan, ia akan menyebabkan kerugian yang besar dan juga memberi kesan kepada tahun-tahun berikutnya, yang boleh mengancam manusia, ekonomi, dan sistem kewangan.”
“Bahkan kesannya mungkin lebih serius dari kesan pandemik COVID-19,” ujarnya ketika menghadiri Sidang Kemuncak HSBC 2022 Powering the Transition to Net Zero, Indonesia’s Pathway for Green Recovery’ pada Rabu lalu.